Home-made Burger

400 gram daging cincang
2 keping roti (untuk dijadikan serbuk roti)
1 camca lada hitam
1 camca mixed herb
1 camca serbuk paprika
1 camca serbuk cili (tak nak letak pun tak apa)
1/2 biji bawang besar (cincang halus)
3 ulas bawang putih (cincang halus)
sedikit garam

Roti burger
Sedikit marjerin
Salad
Tomato
Timun
Sos cili
Mayonis

Cara membuat:
1. Buat serbuk roti dulu. Caranya, bakar roti sampai rangup. Kisarkan roti bakar itu dan taraaaa! Jadilah serbuk roti.
2. Basuh dulu daging kisar. Letak dalam mangkuk yang agak besar supaya senang nak gaul.
3. Campak semua bahan dalam daging kisar dan gaul rata. Kemudian, buat bentuk yang dikehendaki. Selalunya bulat je la kan.
4. Goreng guna kuali leper atau kuali tidak-lekat hingga masak.
5. Bolehlah buat sebiji burger menggunakan bahan-bahan yang tersenarai di atas.

Tujuan utama buat burger; nak habiskan salad yang dah separa layu dalam peti sejuk tu. Hahaha...dahsyat ke tak? Kerana salad, pengawalan makanan tercampak dalam parit.



*Lepas hampir sebulan baru nak letak gambar ni. teruk betul... Gambar ini ditampal pada 26/1/2011..Hehehe..

Rajin Sikit

Fuhh...fuhhh...Tiup kasi habuk hilang. Hehehe..Buat dapur pandai tapi tak pandai nak jaga ye. Kebelakangan ni tak berapa rajin nak mencuba resepi-resepi luar biasa. Maka, tiadalah entri masak-memasak di sini. Itulah, kalau ribut malas melanda, memang malas sungguh. Cuma minggu ni rajin sikit nak masak untuk makan malam. Balik kerja je terus ketung ketang kat dapur. Bukan masak gempak-gempak pun, buat yang senang-senang je macam ikan bakar, ikan kukus, sup sayur dan sayur tumis. Campak-campak, siap! Jadi hari ni cuma nak letak gambar makanan je. Bagi orang yang tengok lapar. Hahaha...

Creamy  Shell Pasta clearance stock style

Mee Bandung yang dimasak menggunakan perencah mee bandung HPA

 Puding Roti Koko Radix yang tak berapa nak jadi tapi nasib baik habis jugak...hehe

Rindu Nak Masak

Tajuk tak boleh belah. Hahaha... Inilah alkisahnya, dapur rumah dah jarang berasap. Keluar pejabat pun dah dekat pukul 6 je, mood masak pun dah hilang. Pergi pasar pun bosan jugak, asyik menu sama je. Masak sendiri jugak puas hati. La ni teringin sangat nak buat mufin coklat dengan vanila. Bahan-bahan memang dah ada kat rumah tu, tinggal nak godek je. Sekarang kalau buat apape, boleh bawak ke pejabat tanpa rasa susah hati tak ada siapa nak habiskan. Dah beberapa kali la jugak aku buat. Sampai ada yang tanya; "Bilalah Farah nak masak-masak lagi ni." Hehehe..*wink*wink*

Nak letak resepi yang dah berkurun dibuat dibuat pun malas nak menaip. Sebab beli kuali leper baru, semangat la nak buat benda alah tu. Tapi tak semangat pulak nak letak dalam ni. Nanti kejap-kejap lagi kalau ribut rajin datang, aku letak kat sini.


Kuali leper yang agak besar. Boleh masak 2 Roti John Mini dalam satu masa. Yeaah, projek buat Roti John berjaya dilaksanakan. 

Powered by Blogger.