Sapu Habuk

Sapu...sapu...sapu...sapu...sapu....sapu....sapu

Berhabuk rupanya dapur aku ni. Memang lama tak jenguk-jenguk. Sekarang ni tengah malas nak masak makanan yang luar biasa. Makanan biasa masak jugak, tapi malas nak ambik gambar. Tabik dekat blogger yang rajin tempek gambar masakan hari-hari. Rajin angkut kamera pergi dapur. Syabas....!!! Oh, sebelum tu nak ucapkan selamat datang kepada Kak Zalina dari Bzee Bakery. Dah otai buat kek macam-macam Kak Zalina ni. Tengah kumpul duit nak pergi kelas kek dia. Hehehe... Terima kasih kak kerana sudi singgah sini.

Hari ni nak taruk gambar makanan yang tiba-tiba rajin angkut kamera pergi dapur. Hehehe..

 Ini spageti tak normal aku. Kenapa tak normal pulak? Sebab aku tak letak sayur mayur macam aku selalu masak. Masak hari apa ek? Lupa dah. Teringin nak makan gara-gara nampak dalam blog Makcik Rehan. Balik keje terus pandu Mrs. Kanc ke Econsave nak beli bahan-bahan dia. Hehehe.. Jadi sekarang ni ada banyak stok pasta dalam almari bahan kering nun. Bila nak masak lagi? Kita tunggu.......

Ini nasi serai bersama kawan-kawannya tempoh hari. Dari kiri, sambal tumis taucu, acar rampai, ayam beriani dan acar buah. Sambal tumis taucu tu senang je. Bawang besar + bawang kecik + bawang putih + cili hijau + cili merah + cili api dihiris. Kuantitinya, ikut suka hati. Nak banyak, letak la banyak. Nak makan untuk sorang, buat la sikit. Ambik ikan bilis agak-agak nak sama dengan kuantiti cili dan bawang. Goreng dulu bilis dan asingkan. Tumis bawang. Bila dah layu, masukkan cili. Masukkan taucu. Agak-agak jugak dengan kuantiti bahan tumisan tadi. Kemudian, masukkan ikan bilis tadi. Kacau dan kacau, taruk gula sikit untuk seimbangkan rasa. Bubuh air sikit kalau nak rasa berkuah. Siapppp! Sonang je. Kalau tak nak rasa masin sangat, basuh sikit taucu tu. PERINGATAN: Jangan sesekali letak garam ye sebab taucu dah masin.

Gambar kek ni pulak dijumpai secara tak sengaja dalam fail gambar. Sedari, ingat lagi tak kek ni? Hehehe... Kek Coklat Terkejut. Sedap weh kek ni, lembab dan bercoklat. Terima kasih kepada si pemberi.

Hutang gambar dalam ni dah selesai setakat ni. Tiba-tiba pulak aku ada masa lapang godek blog kat pejabat. Apa kes? Hahaha... Kelas seterusnya adalah Rabu depan. Jadi ada masa senggang banyak. Nak tanda tugasan pun tak ada hati. Esok baru sambung siapkan semuanya. Hehehe...

Powered by Blogger.