Pizza Mudah Sukahati

Resepi ni dah buat lama dah. Dalam bulan Jun tahun lepas tapi sebab malas asyik bertangguh nak kongsi resepi, maka dah tukar tahun, baru kongsi. Nama tu saya saja bagi sebab memang cara nak buatnya mudah dan topping nya ikut suka hati dan ikut apa yang ada di rumah. Rasanya buat pizza ni sebab ada lebihan sos daging daripada buat spaghetti ke lasagna, tak ingat dah. Kalau agak-agak tak berapa nak rajin, boleh buat banyak-banyak sos daging ni waktu buat spaghetti atau lasagna kemudian bekukan ikut kuantiti sekali masak. Pandai-pandai la bajet ye. Kalau jenis yang tak makan benda sejuk beku, tak dapek den nak nolong. Resepi doh ni, saya Google dan dapat dari beberapa sumber kemudian gabungkan itu dan ini ikut sukahati. Hehehe... Untuk doh, saya rujuk pada tiga blog iaitu MamaTiaMia, Rumah Pinggir Bandar, dan Azie Kitchen. Tapi macam lebih banyak ikut resepi MamaTiaMia sebab kuantitinya untuk pizza kecil. Terima kasih atas perkongsiannya. Mari kita tengok resepi untuk doh.

Doh pizza

Bahan-bahan:
1/2 paket yis
3/4 cawan air suam
2 sudu gula

2 cawan tepung gandum
1 sudu mentega
1/2 sudu teh garam

Cara membuat:
1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama kira-kira 5 minit, sampai dia berbuih. Kalau lepas 5 minit dia tak berbuih, buang je bancuhan tu sebab yis tu dah mati. Kalau guna juga, doh memang tak jadi sebab dah kena sebelum ni.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum yang telah diayak dengan garam dan mentega. Ramas kering sampai tepung berderai. Kemudian, buat lubang di tengah mangkuk dan tuangkan campuran yis tadi. Uli hingga sebati; hingga doh tak melekat di tangan.
3. Dah siap uli, lumurkan doh dengan sedikit minyak zaiton. Saya guna minyak jagung je sebab tak ada stok minyak zaiton. Jangan lumur banyak sangat, agak-agak semua permukaan doh tu berminyak, okey dah.
4. Kemudian, rehatkan doh selama 1 jam 30 minit dalam mangkuk yang ditutup atasnya dengan kain lembap macam ni;


5. Lepas satu setengah jam, uli balik doh yang dah naik tu untuk buangkan angin. Tumbuk-tumbuk dan tekan-tekan bagi angin dia keluar. Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian kecil kalau nak buat pizza saiz kecil. Sebab saya malas nak fikir, saya guna je seketul besar doh tu. Hehehe... Canaikan doh ikut ketebalan yang dikehendaki. Letakkan atas pizza pan. Kalau tak ada, guna je tudung periuk dan alas dengan baking sheet macam saya buat. Kalau tak ada baking sheet, sapukan je sikit minyak pada tudung periuk tu. Cucuk cucukkan doh leper tadi dengan garfu dan bakar kejap dalam 5 minit.

Rupa lepas dibakar sekejap

Topping

Sos daging (macam masak sos spaghetti tapi kurangkan airnya supaya dia pekat)
Puri tomato atau kuah spaghetti Prego (saya guna yang jenama Kimball)
Bawang goreng manja (caramelised onion)
Hirisan Capsicum
Buah zaiton
Hirisan tomato
Hirisan bawang
Oregano
Lada hitam
Keju cheddar dan mozarella

Mula-mula ratakan puri tomato lepas tu letakkan sos daging pulak. Ratakan sampai menutupi permukaan doh. Kemudian taburkan bawang goreng. Seterusnya susunkan hirisan capsicum, tomato, bawang dan buah zaiton. Akhir sekali, taburkan oregano dan lada hitam mengikut citarasa masing-masing. 

Jangan lupa taburkan keju sebelum bakar. Nampak keju atas ni macam banyak kan? Tunggu lepas dibakar, tak berapa nak nampak pun kejunya. Ciss! Lain kali tak boleh kedekut-kedekut nampaknya. Eh, lupa! Bakar selama 15 ke 20 minit pada suhu 190 darjah celcius. Kalau oven biasa yang tak boleh set suhu, agak-agak la ek. Bila nampak doh dia dah bertukar warna perang lepas tu keju dah meleleh-leleh, dah masak la maknanya tu.

Ini selepas dibakar selama 20 minit. Tengok, tak berapa nampak kan keju dia? Tak nampak? Meh tengok hasil yang dah dipotong pulak

Sedappp! Dohnya lembut. 

Matiklah sendiri masak sendiri puji. Hahahaha... Macam ayu je kan menaip guna kata ganti nama 'saya'. Kikiki... Percubaan..percubaan..kalau memang kedengaran ayu dan sopan, rasanya lepas ni guna 'saya' jelah kan?

1 comments:

Raimanda said...

Salam. Nampaknya yis saya mmg dah kojol. Dah tenyeh dengan tepung baru terbaca blog ni aduhai... Tapi xpelah belasah je lah. Dulu saya tulis blog ber-aku. Tapi macam gangster aje, terus tukar selamanya pakai 'saya'.

Powered by Blogger.