Kenapa Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Oven?

Kontroversi sungguh tajuk, tak agak-agak. Hahaha... Ada orang cakap, beli oven mahal-mahal lepas tu tak digunakan. Mana encik tahu? Encik bukan tukang cat duduk serumah dengan saya. Sebabnya saya tak tunjukkan hasil selepas daripada penggunaan oven tu. Eh, selama ni masak lasagna, makaroni bakar, dan biskut raya tu, bukan kena bakar pakai oven ke? Kalau tiap kali masak pakai oven lepas tu nak kena jamu satu kampung, kopaklah mak incik. Sekali sekala bolehlah.

Tak dinafikan, penggunaan oven tu tak sampai tahap maksimum sebabnya oven yang sekarang ni macam canggih sikit dari oven yang lama. Canggih la kan sebab boleh set suhu, set masa, set nak api atas ke api bawah dan set nak pasang kipas ke tak. Oven lama tu cuma ada penunujuk suhu tapi tak boleh set apape. Kau nak bakar kek, kau letak je dalam oven tu. Dah harum semerbak bau kek satu rumah, pergi jenguk dan cuba cucuk dengan lidi nak tengok dia dah masak ke belum. Gituuu... Sebelum ni rajin jugalah buat kek sebab guna oven lama tu memang confirm jadi. Tapi yang baru ni kena pandai dan pandai-pandai setkan semua yang nak kena set tu. Percubaan buat kek, memang awal-awal tu ke laut. Masak tak sekata sebab tak tahu nak bakar macam mana; kena guna api atas je ke, kena guna api bawah je ke, kena hidupkan dua-dua ke, cemana?

Sebab saya rajin baca blog mak-mak yang rajin masak, adalah jumpa entri pasal membakar kek. Siap tunjuk langkah demi langkah, dengan gambar sekali. Syabas! Dari situlah saya tahu kalau nak bakar kek, kena gunakan api atas dan bawah. Kemudian untuk elakkan bahagian atas kek hangus tapi dalamnya belum masak, kena tutup permukaan acuan dengan aluminium foil atau tudung periuk untuk elakkan pemanasan secara terus. Selepas beberapa eksperimen dijalankan, terbukti ianya berkesan. Terus seronok nak membakar kek semula. Hehehe... Kalau tak sebelum ni guna untuk bakar pizza, bakar lasagna, bakar puff segera dan pernah juga buat potato wedges. Gunalah jugak kan? Masalah muncul bila nak bakar kek je, untuk bakar biskut memang dia cemerlang. InshaAllah resepi-resepi yang telah dicuba nanti akan dipindahkan sedikit demi sedikit dari rumah agam saya. Nah tengok antara hasil daripada penggunaan oven saya.



 Masak makaroni ni sebab nak habiskan bahan-bahan leftover. Waktu beli memang over kan, sudahnya jadi leftover. Takpe, janji kreatif dan rajin, semua pun boleh. Hehehe... Oh, lagi satu nak seronok memasak ni kena ada gadget yang menarik. Mak incik tak mampu nak beli Corelle atau Pyrex, maka mak incik beli je mangkuk kacak jenama Borcam. Agak-agak nak bagi hadiah pada mak incik tapi tak tahu nak bagi apa, boleh bagi mangkuk ni.Setakat ni baru ada dua biji; 1 biji bentuk segi empat sama bersaiz kecil dan 1 biji bentuk lonjong bersaiz sederhana. Mangkuk-mangkuk ni ada tiga saiz; kecil, sederhana dan besar. Beli kat Jusco waktu ada diskaun, dapatlah harga lagi murah. Motif bercerita panjang lebar pasal Borcam? Hahaha...

Ini pulak pizza segera sebab guna roti je. Sedap dan cepat. Juga menggunakan leftover. Senang sangat nak buat ni. Kalau nak tambah lemak yang ada, mula-mula sapu sikit marjerin atas roti. Lepas tu letakkan leftover sos daging, taburkan bawang besar yang telah didadu. Kemudian taburkan oregano dan lada hitam sebelum letak keju mozarella. Alaskan dulang pembakar dengan redai supaya roti tu jadi rangup-rangup sikit. Bakar sampai keju cair, dalam 5 minit macam tu.



Sebab tulah kena ada juga oven sebab oven bukan hanya untuk masak makanan yang hebat-hebat macam kek lobak merah berwalnut mahupun kek baldu merah. Oven boleh juga digunakan untuk masak makanan ringkas dan tak gempak, macam pizza segera atas ni. Sekian...

0 comments:

Powered by Blogger.