Mee Goreng ala Hailam
Salam ketemu kembali lepas menyepi buat seketika. Saja nak kongsi resepi ala campak-campak yang hasilnya mengujakan; sedap! (pada tekak saya dan penghuni rumah). Kisahnya, ada sorang staf jual mee kuning buatan sendiri. Tanpa pengawet, tentu lebih sedap. Maka, saya pun beli sebungkus untuk cuba. Memang sedap sebab tak rasa pahit kapur. Jom tengok resepi. Bahan-bahan yang digunakan adalah apa yang ada dalam peti sejuk dan rak rempah ratus.
Bahan-bahan
Sebungkus mee kuning(500gm)
1/4 biji kobis (hiris halus)
Kailan
Sepaket bebola ikan
1 keping tauhu (dipotong kiub dan goreng separuh masak)
3 hirisan dada ayam (dipotong kiub dan direbus sekejap)
2 sudu kecil serbuk lada hitam
5 biji cili padi (ditumbuk kasar)
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar sos ikan
6 sudu besar kicap cair
6 sudu besar kicap
Bahan kisar:
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis
Cara memasak:
1. Tumis bahan kisar hingga air garing dan naik bau. Masukkan bebola ikan dan gaul. Biar seketika.
2. Masukkan lada hitam, sos tiram, sos ikan, tauhu dan ayam. Gaul sebati.
3. Masukkan sayur-sayuran dan kacau hingga sedikit layu. Masukkan kicap dan air lebihan rebus ayam tadi.
4. Kemudian, masukkan mee dan gaul hingga mesra. Kalau nampak pucat mee tu, bolehlah tambahkan lagi kicap. Akhir sekali, masukkan cili padi tumbuk. Gaul dan biarkan mee meresap kuah sebelum matikan api. Bolehlah hidangkan panas-panas.
Biasanya kalau masak mee saya guna cili kisar tapi kali ni nak cuba guna lada hitam pulak. Kalau mee hailam memang guna lada hitam dan bawang putih semata-mata sebagai bahan tumisan tapi sebab ini katanya mee goreng, saya kisarkan bawang besar dan ikan bilis sekali. Kenapa bawang besar, bukan bawang merah? Sebab haritu terlebih beli bawang besar jadi stok melimpah sampai keluar bekas. Maka, gunakan apa yang ada. Hehehe... Sukatan kicap tu sebenarnya saya guna sudip. Tuangkan dalam sudip, terus sap sap dengan bahan dalam kuali. Heeee.... Maka, pandai-pandailah tambah atau kurangkan sukatan kicap. Tak perlu letak garam sebab kicap, sos tiram dan sos ikan dah masin.
11:46 AM | Labels: Mee | 0 Comments
Kenapa Saya Tak Boleh Hidup Tanpa Oven?
Kontroversi sungguh tajuk, tak agak-agak. Hahaha... Ada orang cakap, beli oven mahal-mahal lepas tu tak digunakan. Mana encik tahu? Encik bukan tukang cat duduk serumah dengan saya. Sebabnya saya tak tunjukkan hasil selepas daripada penggunaan oven tu. Eh, selama ni masak lasagna, makaroni bakar, dan biskut raya tu, bukan kena bakar pakai oven ke? Kalau tiap kali masak pakai oven lepas tu nak kena jamu satu kampung, kopaklah mak incik. Sekali sekala bolehlah.
Tak dinafikan, penggunaan oven tu tak sampai tahap maksimum sebabnya oven yang sekarang ni macam canggih sikit dari oven yang lama. Canggih la kan sebab boleh set suhu, set masa, set nak api atas ke api bawah dan set nak pasang kipas ke tak. Oven lama tu cuma ada penunujuk suhu tapi tak boleh set apape. Kau nak bakar kek, kau letak je dalam oven tu. Dah harum semerbak bau kek satu rumah, pergi jenguk dan cuba cucuk dengan lidi nak tengok dia dah masak ke belum. Gituuu... Sebelum ni rajin jugalah buat kek sebab guna oven lama tu memang confirm jadi. Tapi yang baru ni kena pandai dan pandai-pandai setkan semua yang nak kena set tu. Percubaan buat kek, memang awal-awal tu ke laut. Masak tak sekata sebab tak tahu nak bakar macam mana; kena guna api atas je ke, kena guna api bawah je ke, kena hidupkan dua-dua ke, cemana?
Sebab saya rajin baca blog mak-mak yang rajin masak, adalah jumpa entri pasal membakar kek. Siap tunjuk langkah demi langkah, dengan gambar sekali. Syabas! Dari situlah saya tahu kalau nak bakar kek, kena gunakan api atas dan bawah. Kemudian untuk elakkan bahagian atas kek hangus tapi dalamnya belum masak, kena tutup permukaan acuan dengan aluminium foil atau tudung periuk untuk elakkan pemanasan secara terus. Selepas beberapa eksperimen dijalankan, terbukti ianya berkesan. Terus seronok nak membakar kek semula. Hehehe... Kalau tak sebelum ni guna untuk bakar pizza, bakar lasagna, bakar puff segera dan pernah juga buat potato wedges. Gunalah jugak kan? Masalah muncul bila nak bakar kek je, untuk bakar biskut memang dia cemerlang. InshaAllah resepi-resepi yang telah dicuba nanti akan dipindahkan sedikit demi sedikit dari rumah agam saya. Nah tengok antara hasil daripada penggunaan oven saya.
Ini pulak pizza segera sebab guna roti je. Sedap dan cepat. Juga menggunakan leftover. Senang sangat nak buat ni. Kalau nak tambah lemak yang ada, mula-mula sapu sikit marjerin atas roti. Lepas tu letakkan leftover sos daging, taburkan bawang besar yang telah didadu. Kemudian taburkan oregano dan lada hitam sebelum letak keju mozarella. Alaskan dulang pembakar dengan redai supaya roti tu jadi rangup-rangup sikit. Bakar sampai keju cair, dalam 5 minit macam tu.
Sebab tulah kena ada juga oven sebab oven bukan hanya untuk masak makanan yang hebat-hebat macam kek lobak merah berwalnut mahupun kek baldu merah. Oven boleh juga digunakan untuk masak makanan ringkas dan tak gempak, macam pizza segera atas ni. Sekian...
5:55 PM | Labels: Celoteh | 0 Comments
Pizza Mudah Sukahati
Resepi ni dah buat lama dah. Dalam bulan Jun tahun lepas tapi sebab malas asyik bertangguh nak kongsi resepi, maka dah tukar tahun, baru kongsi. Nama tu saya saja bagi sebab memang cara nak buatnya mudah dan topping nya ikut suka hati dan ikut apa yang ada di rumah. Rasanya buat pizza ni sebab ada lebihan sos daging daripada buat spaghetti ke lasagna, tak ingat dah. Kalau agak-agak tak berapa nak rajin, boleh buat banyak-banyak sos daging ni waktu buat spaghetti atau lasagna kemudian bekukan ikut kuantiti sekali masak. Pandai-pandai la bajet ye. Kalau jenis yang tak makan benda sejuk beku, tak dapek den nak nolong. Resepi doh ni, saya Google dan dapat dari beberapa sumber kemudian gabungkan itu dan ini ikut sukahati. Hehehe... Untuk doh, saya rujuk pada tiga blog iaitu MamaTiaMia, Rumah Pinggir Bandar, dan Azie Kitchen. Tapi macam lebih banyak ikut resepi MamaTiaMia sebab kuantitinya untuk pizza kecil. Terima kasih atas perkongsiannya. Mari kita tengok resepi untuk doh.
Doh pizza
Bahan-bahan:
1/2 paket yis
3/4 cawan air suam
2 sudu gula
2 cawan tepung gandum
1 sudu mentega
1/2 sudu teh garam
Cara membuat:
1. Campurkan gula ke dalam air suam dan masukkan yis. Kacau rata dan biarkan selama kira-kira 5 minit, sampai dia berbuih. Kalau lepas 5 minit dia tak berbuih, buang je bancuhan tu sebab yis tu dah mati. Kalau guna juga, doh memang tak jadi sebab dah kena sebelum ni.
2. Dalam mangkuk besar, campurkan tepung gandum yang telah diayak dengan garam dan mentega. Ramas kering sampai tepung berderai. Kemudian, buat lubang di tengah mangkuk dan tuangkan campuran yis tadi. Uli hingga sebati; hingga doh tak melekat di tangan.
3. Dah siap uli, lumurkan doh dengan sedikit minyak zaiton. Saya guna minyak jagung je sebab tak ada stok minyak zaiton. Jangan lumur banyak sangat, agak-agak semua permukaan doh tu berminyak, okey dah.
4. Kemudian, rehatkan doh selama 1 jam 30 minit dalam mangkuk yang ditutup atasnya dengan kain lembap macam ni;
5. Lepas satu setengah jam, uli balik doh yang dah naik tu untuk buangkan angin. Tumbuk-tumbuk dan tekan-tekan bagi angin dia keluar. Boleh bahagikan kepada beberapa bahagian kecil kalau nak buat pizza saiz kecil. Sebab saya malas nak fikir, saya guna je seketul besar doh tu. Hehehe... Canaikan doh ikut ketebalan yang dikehendaki. Letakkan atas pizza pan. Kalau tak ada, guna je tudung periuk dan alas dengan baking sheet macam saya buat. Kalau tak ada baking sheet, sapukan je sikit minyak pada tudung periuk tu. Cucuk cucukkan doh leper tadi dengan garfu dan bakar kejap dalam 5 minit.
Matiklah sendiri masak sendiri puji. Hahahaha... Macam ayu je kan menaip guna kata ganti nama 'saya'. Kikiki... Percubaan..percubaan..kalau memang kedengaran ayu dan sopan, rasanya lepas ni guna 'saya' jelah kan?
2:52 PM | Labels: Pizza | 1 Comments
Sicilian Orange Cake
After a few attempts of baking this cake failed, I finally managed to gather all my strength to bake it last Friday. A big round of applause for myself. Hahaha... Dari tahun lepas berangan nak buat tapi Buttercup tu asyik keluar masuk peti je sebab tuan tanah semedang tak ada mood nak membuat kek. Hehehe... Okey, mari tengok resepi. I got this recipe here. Thanks for sharing this recipe. The final product turn out to be nice and delicious!
Ingredients:
250g unsalted butter, room temperature [I used salted one since that's what I have in the fridge]
250g castor sugar (reduced to 200g) [I reduced to 200g too]
4 medium eggs (3 large eggs) [I used 4 medium eggs]
Grated orange zest from 2 oranges
270g self raising flour [I combined wheat flour with 1 1/2 tsp baking powder, 1/2 tsp salt and 1/2 tsp bicarbonate soda to make self raising flour]
120ml freshly squeezed orange juice [I used orange juice from 2 grated oranges, about 140ml]
Method:
1. Preheat the oven to 180C. Grease and line a 22cm round cake pan.
2. Using a electrical beater, cream the butter with sugar until light and fluffy
3. Beat in eggs, one at a time, beating well before each addition, if necessary adding a spoonful of flour with the last egg to prevent mixture from curdling.
4. Beat in orange zest. Add the flour all at once and mix well, then slowly mix in the orange juice.
5. Scrape the batter into the prepared pan and bake in the preheated oven for 45-50 minutes or until skewer inserted into the center of the cake, comes out clean. If it starts to brown too quickly, cover loosely with a sheet of lightly greased aluminium foil.
6. Leave the cake in the pan to cool on a wire rack, then unmold and serve.
*Resepi sebiji-sebiji dari sumber asal tau. Boleh tekan pautan di atas untuk ke laman web pemilik asal resepi ni. Kalau guna oven api atas bawah macam aku, bila dah separuh masa membakar, tutup permukaan kek dengan aluminium foil atau tutup periuk untuk mengelakkan bahagian atas kek hangus. Kiranya kalau ditutup, kek akan masak sekata luar dan dalam.
12:01 AM | Labels: Kek | 0 Comments
Tuna Pasta Salad
Hoih, entri terakhir adalah tahun 2012? Sekarang dah 2014 bermakna dua tahun blog ni diabaikan. Fuhhh..fuhhh..fuhhh.. Uhuk..uhuk.. Habuk tebal hoi, tebal! Hehehe... Terima kasih yang sudi singgah. Hari ni datang angin rajin sikit, kita letak satu resepi senang kacang. Sebenarnya resepi campak-campak je, kalau tak jadi, jangan marah.
Tuna Pasta Salad
Ingredients
1 cup of pasta (I used macaroni + vegeroni, cooked and drained. Oh, put a knob of butter and a teaspoon of salt too when you boil the pasta)
1 cup of mayonnaise
1 can of tuna chunk (drained)
1 onion
1 tomato
1 stalk of celery
1 small zucchini
1/4 of capsicum
Salt and pepper to taste
Directions:
1. Dice all the veggies. In a big bowl, combine mayonnaise and drained tuna and mix thoroughly. Taste with salt and pepper.
2. Add the veggies and pasta. Mix thoroughly.
3. Ready to serve. It's best served cold.
Mudah bukan? Campakkan semua dalam mangkuk, gaul dan gaul dan gaul, hidangkan. Selamat mencuba!
1:47 PM | Labels: Pasta | 0 Comments
Nasi Beriani
12:31 AM | Labels: Nasi | 0 Comments
Nasi Jagung
12:29 AM | Labels: Nasi | 0 Comments